Tuesday 22 September 2015

TESTIMONI Ibu Tak Percaya Anak Besar Bila Lahir


Assalamualaikum.w.b.t..selamat petang semua..

Hari ni admin nk kongsi satu testimoni daripada pelanggan 
tercinta. 
Si ibu telah menggunakan Produk HAZ-IQ MUMZ sejak mengandung lg sehingga la ingin melahirkan anak...
Alhamdulillah setelah Maintain Penggunaan susu HAZ-IQ MUMZ tgk la kesan nya... 
Alhamdulillah sekarang ingin guna utk penyusuan pulak... 

Teruskan yea Puan semoga Puan & anak Puan kekal sihat...

Kepada Pelanggan lain Boleh la cuba...

Testimoni dh ada tu apa lagi mahu tunggu!!!


***RENUNG - RENUNGKAN & 

JANGAN LUPA 

SEBARKAN***







Sunday 20 September 2015

Cara Pembahagian Daging Korban


Assalamualaikum Selamat Tengahari Semua
Tak Lama Lagi Kita akan Menyambut Hari Raya Aidiladha Atau Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji

Mesti Ramai Yang Balik Kampung kan..So hati-hati yea.

Harini Admin nak kongsikan sedikit info berkenaan Pembahagian Daging Korban. Jangan Suka-suka je bagi daging tau. Semoga mendapat info yang berguna ini yea

***RENUNG-RENUNGKAN & JANGAN LUPA SEBARKAN***



Boleh ustaz terangkan cara pembahagian daging korban dan apa hukumnya memberi daging tersebut kepada yang bukan Islam.

Korban adalah ibadah yang amat digalakkan dalam Islam pada Hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
 
Walaupun ibadah korban ini adalah sunat tetapi ia mempunyai pembahagiannya yang tersendiri terutamanya jika ia adalah korban nazar. Dalam pembahagian daging korban ini ia terbahagi kepada dua iaitu Korban Wajib (Nazar) dan Korban Sunat

Korban Wajib
Korban Wajib atau Nazar wajib disedekahkan kesemua dagingnya termasuk kulit dan tanduk kepada fakir miskin. Orang yang melakukan korban tidak dibenarkan iaitu haram mengambil walau sedikit pun daripada korban tadi. Orang yang berkorban dan ahli keluarganya tidak boleh memakan walau sedikit pun daripada korban nazar tadi.

Korban Sunat
Korban sunat hendaklah dibahagi kepada tiga bahagian, 1/3 untuk dimakan tuan punya korban, 1/3 lagi diberikan kepada fakir miskin dan 1/3 lagi boleh dihadiahkan kepada sahabat termasuk jiran-jiran dan orang-orang kaya.

Seruan saya kepada para pengurus korban supaya memberikan penekanan kepada perkara ini iaitu cara pembahagian yang betul, terutamanya kepada para peserta korban hanya 1/3 bahagian sahaja daripada keseluruhan daging korban tadi, 1/3 daripada keseluruhan daging korban tadi hendaklah dibahagi 7 sebab ada 7 nama atau peserta.

1/3 lagi pastikan ianya sampai kepada fakir dan miskin dalam Qariah tersebut. Ini perlu diberi perhatian khusus sebab ada kedapatan fakir-fakir miskin ini yang tidak sampai daging korban kepadanya walaupun sebenarnya kepada golongan inilah yang sepatutnya sampai daging tersebut. Janganlah kiranya sambutan Aidiladha dijadikan sebagai pesta makan daging sepatutnya penghayatan korban itu yang patut dihayati.

Pembahagian yang paling afdal adalah tuan punya korban mengambil sedikit daripada daging korban tadi dan selebihnya disedekahkan. Ini adalah perbuatan Nabi SAW iaitu Nabi mengambil sedikit daripada daging korbannya untuk dimasak dan Nabi memakannya. Jadi disunatkan kepada kita memakan sedikit daripada daging korban tadi untuk mengambil barakah dan mengikut sunnah Nabi SAW.

Mengenai pembahagian daging korban kepada yang bukan Islam, para ulama berbeza pandangan  ada yang mengharamkannya dan ada yang mengharuskannya. Pada pandangan Mazhab Syafie yang asal, adalah tidak harus memberikan daging korban ataupun akikah kepada yang bukan Islam.

Para ulama sepakat tidak boleh memberi daging korban dan akikah wajib iaitu yang telah dinazarkan kepada yang bukan Islam. Tetapi perbezaan pandangan ulama adalah tentang pemberian korban sunat dan akikah sunat.

Dalam konteks negara kita yang terdiri daripada jiran tetangga dan rakan sepejabat bukan Islam maka kadang kala jemputan kenduri diberikan kepada umum maka tentulah mereka akan datang. Jadi dalam pembahagian daging korban barangkali ia boleh dielakkan tetapi bagaimana kalau daging korban dan akikah tadi dijadikan masakan dan lauk dalam kenduri dan rakan-rakan serta jiran yang bukan Islam datang?

Sebab itulah ada para ulama yang berpandangan hanya daging korban wajib dan akikah wajib saja yang tidak boleh diberikan kepada yang bukan Islam tetapi korban sunat dan akikah sunat harus diberikan kepada yang bukan Islam.

Ada juga pandangan hendaklah diberikan kepada mereka daging daripada hasil lain maksudnya bukan daripada korban tadi. Kalau kenduri hendaklah beli daging lain dan masak dan jemputlah mereka makan daging akikah tadi tetapi tidak dimakan oleh orang bukan Islam.

Bagi penulis pandangan yang mengharuskan memberi daging korban sunat dan akikah sunat boleh diberikan dan dimakan oleh yang bukan Islam adalah amat praktikal diamalkan di Malaysia ini. Janganlah Islam itu dianggap terlalu ketat sehinggakan ada perbezaan dalam pemberian daging.

Penulis merasakan orang bukan Islam pun faham bahawa ibadah korban hanya untuk umat Islam dan mereka perlu faham jika mereka tidak mendapat daging korban tadi. Tetapi jika mereka dijemput dalam majlis yang dianjurkan misalnya kenduri akikah maka saya rasa tidak ada masalah kalau mereka memakan daging tersebut sebab itu adalah akikah sunat.





Oleh: Ustaz Azhar Tuarno
(Imam Masjid Negara merangkap Penolong Pengarah Perhubungan Awam dan Pusat Sumber Masjid Negara Kuala Lumpur)



Wednesday 16 September 2015



Assalamualaikum.w.b.t

Selamat Pagi Semua


Harini admin nak share tips untuk dapat qualiti tidur yang baik...

1) Amalkan makan 5-7 biji badam setiap hari

- dapat melenturkan otot2 tubuh dan saraf pada otak mengelakkan insomnia.

- Menjaga kestabilan paras gula darah ketika tidur



2) Amalkan makan sebiji pisang 2 atau 3 jam sebelum tidur.

- Baik untuk otot semasa tidur.

- Membantu tidur lebih nyeyak.

3) Amalkan makan telur rebus sebelum tidur.

- Protein dapat membantu tidur yang lebih nyenyak.



4) Amalkan minum segelas jus ceri sebelum tidur.

- menenangkan dan menyeyakkan tidur anda.....




***RENUNG-RENUNGKAN & JANGAN LUPA SEBARKAN***


Monday 14 September 2015

Tips Semasa Jerebu


Assalamualaikum..selamat tengahari semua..harini 
Admin nk belanja sedikit info berkenaan "JEREBU"... 

Semoga Kekal sihat semua dan Kurangkan Aktiviti Luar

***RENUNG-RENUNGKAN & 

JANGAN LUPA 

SEBARKAN***




Thursday 10 September 2015

Petua Sakit Mata




Assalamualaikum..selamat pagi semua

Harini Admin Nak bg petua skit berkenaan dengan sakit mata

Aduh pedihnya..dh la merah,gatal,pedih plak tu,nk2 bila baby yang kena aduh lg la seksa tengok....kesiannya..


PETUA SEMBUHKAN SAKIT MATA
1. Ambil satu sudu besar garam dan masukkan kedalam besen berisi air. Kacau sehingga larut. Kemudian masukkan muka ke dalam air tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali.
2. titikkan air zam zam kedalam mata.
3. titikkan susu ibu.
4. Minum air masak banyak-banyak
5. jangan makan cili, atau lauk masak sambal.
Semoga bermanfaat..
***RENUNG-RENUNGKAN & JANGAN LUPA SEBARKAN***






Wednesday 9 September 2015

Kenali Saiz Lampin Pakai Buang Anak Anda



Assalamualaikum
Selamat Pagi Semua
Harini Admin Nak Kongsikan Sedikit Infomasi berkenaan Saiz Lampin Pakai buang anak anda
La...tgk mcm Remeh je ni..Benda kecik je la..
TP!! tahu tak saiz lampin yang sesuai juga penting tau!!Jangan main bagi pakai je..Anak Berat 10kg xkan nak pakaikan saiz S lg..Kenalah pakaikan lampin yang sesuai & selesa untuk anak ...Nanti xdala anak-anak anda mengandu kurang selesa.

***RENUNG-RENUNGKAN & JANGAN LUPA SEBARKAN***






Tuesday 8 September 2015

Tips Cara Merangsang Anak Menjadi Bijak

Assalamualaikum Semua
Lama Admin Post
Maklum lah Bz Skit..

Harini Admin Nak Share skit Tips

***RENUNG-RENUNGKAN & JANGAN LUPA SEBARKAN***



Sunday 6 September 2015

Apa Nak Buat Kalau Si Manja Anda Mengamuk???

Assalamualaikum.w.b,t

Admin Bagi Sedikit Tip
Jika Si Bum- Bum Mengamuk

***RENUNG-RENUNGKAN & 
JANGAN LUPA SEBARKAN***