Tuesday 22 September 2015

TESTIMONI Ibu Tak Percaya Anak Besar Bila Lahir


Assalamualaikum.w.b.t..selamat petang semua..

Hari ni admin nk kongsi satu testimoni daripada pelanggan 
tercinta. 
Si ibu telah menggunakan Produk HAZ-IQ MUMZ sejak mengandung lg sehingga la ingin melahirkan anak...
Alhamdulillah setelah Maintain Penggunaan susu HAZ-IQ MUMZ tgk la kesan nya... 
Alhamdulillah sekarang ingin guna utk penyusuan pulak... 

Teruskan yea Puan semoga Puan & anak Puan kekal sihat...

Kepada Pelanggan lain Boleh la cuba...

Testimoni dh ada tu apa lagi mahu tunggu!!!


***RENUNG - RENUNGKAN & 

JANGAN LUPA 

SEBARKAN***







Sunday 20 September 2015

Cara Pembahagian Daging Korban


Assalamualaikum Selamat Tengahari Semua
Tak Lama Lagi Kita akan Menyambut Hari Raya Aidiladha Atau Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji

Mesti Ramai Yang Balik Kampung kan..So hati-hati yea.

Harini Admin nak kongsikan sedikit info berkenaan Pembahagian Daging Korban. Jangan Suka-suka je bagi daging tau. Semoga mendapat info yang berguna ini yea

***RENUNG-RENUNGKAN & JANGAN LUPA SEBARKAN***



Boleh ustaz terangkan cara pembahagian daging korban dan apa hukumnya memberi daging tersebut kepada yang bukan Islam.

Korban adalah ibadah yang amat digalakkan dalam Islam pada Hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
 
Walaupun ibadah korban ini adalah sunat tetapi ia mempunyai pembahagiannya yang tersendiri terutamanya jika ia adalah korban nazar. Dalam pembahagian daging korban ini ia terbahagi kepada dua iaitu Korban Wajib (Nazar) dan Korban Sunat

Korban Wajib
Korban Wajib atau Nazar wajib disedekahkan kesemua dagingnya termasuk kulit dan tanduk kepada fakir miskin. Orang yang melakukan korban tidak dibenarkan iaitu haram mengambil walau sedikit pun daripada korban tadi. Orang yang berkorban dan ahli keluarganya tidak boleh memakan walau sedikit pun daripada korban nazar tadi.

Korban Sunat
Korban sunat hendaklah dibahagi kepada tiga bahagian, 1/3 untuk dimakan tuan punya korban, 1/3 lagi diberikan kepada fakir miskin dan 1/3 lagi boleh dihadiahkan kepada sahabat termasuk jiran-jiran dan orang-orang kaya.

Seruan saya kepada para pengurus korban supaya memberikan penekanan kepada perkara ini iaitu cara pembahagian yang betul, terutamanya kepada para peserta korban hanya 1/3 bahagian sahaja daripada keseluruhan daging korban tadi, 1/3 daripada keseluruhan daging korban tadi hendaklah dibahagi 7 sebab ada 7 nama atau peserta.

1/3 lagi pastikan ianya sampai kepada fakir dan miskin dalam Qariah tersebut. Ini perlu diberi perhatian khusus sebab ada kedapatan fakir-fakir miskin ini yang tidak sampai daging korban kepadanya walaupun sebenarnya kepada golongan inilah yang sepatutnya sampai daging tersebut. Janganlah kiranya sambutan Aidiladha dijadikan sebagai pesta makan daging sepatutnya penghayatan korban itu yang patut dihayati.

Pembahagian yang paling afdal adalah tuan punya korban mengambil sedikit daripada daging korban tadi dan selebihnya disedekahkan. Ini adalah perbuatan Nabi SAW iaitu Nabi mengambil sedikit daripada daging korbannya untuk dimasak dan Nabi memakannya. Jadi disunatkan kepada kita memakan sedikit daripada daging korban tadi untuk mengambil barakah dan mengikut sunnah Nabi SAW.

Mengenai pembahagian daging korban kepada yang bukan Islam, para ulama berbeza pandangan  ada yang mengharamkannya dan ada yang mengharuskannya. Pada pandangan Mazhab Syafie yang asal, adalah tidak harus memberikan daging korban ataupun akikah kepada yang bukan Islam.

Para ulama sepakat tidak boleh memberi daging korban dan akikah wajib iaitu yang telah dinazarkan kepada yang bukan Islam. Tetapi perbezaan pandangan ulama adalah tentang pemberian korban sunat dan akikah sunat.

Dalam konteks negara kita yang terdiri daripada jiran tetangga dan rakan sepejabat bukan Islam maka kadang kala jemputan kenduri diberikan kepada umum maka tentulah mereka akan datang. Jadi dalam pembahagian daging korban barangkali ia boleh dielakkan tetapi bagaimana kalau daging korban dan akikah tadi dijadikan masakan dan lauk dalam kenduri dan rakan-rakan serta jiran yang bukan Islam datang?

Sebab itulah ada para ulama yang berpandangan hanya daging korban wajib dan akikah wajib saja yang tidak boleh diberikan kepada yang bukan Islam tetapi korban sunat dan akikah sunat harus diberikan kepada yang bukan Islam.

Ada juga pandangan hendaklah diberikan kepada mereka daging daripada hasil lain maksudnya bukan daripada korban tadi. Kalau kenduri hendaklah beli daging lain dan masak dan jemputlah mereka makan daging akikah tadi tetapi tidak dimakan oleh orang bukan Islam.

Bagi penulis pandangan yang mengharuskan memberi daging korban sunat dan akikah sunat boleh diberikan dan dimakan oleh yang bukan Islam adalah amat praktikal diamalkan di Malaysia ini. Janganlah Islam itu dianggap terlalu ketat sehinggakan ada perbezaan dalam pemberian daging.

Penulis merasakan orang bukan Islam pun faham bahawa ibadah korban hanya untuk umat Islam dan mereka perlu faham jika mereka tidak mendapat daging korban tadi. Tetapi jika mereka dijemput dalam majlis yang dianjurkan misalnya kenduri akikah maka saya rasa tidak ada masalah kalau mereka memakan daging tersebut sebab itu adalah akikah sunat.





Oleh: Ustaz Azhar Tuarno
(Imam Masjid Negara merangkap Penolong Pengarah Perhubungan Awam dan Pusat Sumber Masjid Negara Kuala Lumpur)



Wednesday 16 September 2015



Assalamualaikum.w.b.t

Selamat Pagi Semua


Harini admin nak share tips untuk dapat qualiti tidur yang baik...

1) Amalkan makan 5-7 biji badam setiap hari

- dapat melenturkan otot2 tubuh dan saraf pada otak mengelakkan insomnia.

- Menjaga kestabilan paras gula darah ketika tidur



2) Amalkan makan sebiji pisang 2 atau 3 jam sebelum tidur.

- Baik untuk otot semasa tidur.

- Membantu tidur lebih nyeyak.

3) Amalkan makan telur rebus sebelum tidur.

- Protein dapat membantu tidur yang lebih nyenyak.



4) Amalkan minum segelas jus ceri sebelum tidur.

- menenangkan dan menyeyakkan tidur anda.....




***RENUNG-RENUNGKAN & JANGAN LUPA SEBARKAN***


Monday 14 September 2015

Tips Semasa Jerebu


Assalamualaikum..selamat tengahari semua..harini 
Admin nk belanja sedikit info berkenaan "JEREBU"... 

Semoga Kekal sihat semua dan Kurangkan Aktiviti Luar

***RENUNG-RENUNGKAN & 

JANGAN LUPA 

SEBARKAN***




Thursday 10 September 2015

Petua Sakit Mata




Assalamualaikum..selamat pagi semua

Harini Admin Nak bg petua skit berkenaan dengan sakit mata

Aduh pedihnya..dh la merah,gatal,pedih plak tu,nk2 bila baby yang kena aduh lg la seksa tengok....kesiannya..


PETUA SEMBUHKAN SAKIT MATA
1. Ambil satu sudu besar garam dan masukkan kedalam besen berisi air. Kacau sehingga larut. Kemudian masukkan muka ke dalam air tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali.
2. titikkan air zam zam kedalam mata.
3. titikkan susu ibu.
4. Minum air masak banyak-banyak
5. jangan makan cili, atau lauk masak sambal.
Semoga bermanfaat..
***RENUNG-RENUNGKAN & JANGAN LUPA SEBARKAN***






Wednesday 9 September 2015

Kenali Saiz Lampin Pakai Buang Anak Anda



Assalamualaikum
Selamat Pagi Semua
Harini Admin Nak Kongsikan Sedikit Infomasi berkenaan Saiz Lampin Pakai buang anak anda
La...tgk mcm Remeh je ni..Benda kecik je la..
TP!! tahu tak saiz lampin yang sesuai juga penting tau!!Jangan main bagi pakai je..Anak Berat 10kg xkan nak pakaikan saiz S lg..Kenalah pakaikan lampin yang sesuai & selesa untuk anak ...Nanti xdala anak-anak anda mengandu kurang selesa.

***RENUNG-RENUNGKAN & JANGAN LUPA SEBARKAN***






Tuesday 8 September 2015

Tips Cara Merangsang Anak Menjadi Bijak

Assalamualaikum Semua
Lama Admin Post
Maklum lah Bz Skit..

Harini Admin Nak Share skit Tips

***RENUNG-RENUNGKAN & JANGAN LUPA SEBARKAN***



Sunday 6 September 2015

Apa Nak Buat Kalau Si Manja Anda Mengamuk???

Assalamualaikum.w.b,t

Admin Bagi Sedikit Tip
Jika Si Bum- Bum Mengamuk

***RENUNG-RENUNGKAN & 
JANGAN LUPA SEBARKAN***



Wednesday 26 August 2015

HAZ-IQ DI KARNIVAL USAHAWAN DESA (KUD)!!!

Assalamualaikum semua

Admin nk hebohkan ni.

KAMI AKAN BERADA DI KARNIVAL USAHAWAN DESA (KUD) DI PUTRAJAYA NANTI!!!...

JOM JUMPA KAMI DI SANA..

DAPATKAN PROMOSI-PROMOSI YANG MELETOP DARIPADA KAMI!!!

JANGAN LEPASKAN PELUANG









Tuesday 25 August 2015

6 Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Menyusukan Anak



Assalamualaikum selamat petang semua...
Topik untuk Hari ini berkenaan dengan penyusuan..
So ibu-ibu yang menyusukan anak tu harap dapat hindarkan yea..

***Renung-Renungkan & Jangan Lupa Sebarkan***

6 Musuh utama ibu menyusu
1- kafein


Segala bentuk kafein samada kopi, teh atau minuman tenaga yang mengandungi bahan kafein akan menyebabkan penurunan penghasilan susu badan secara mendadak. Berlaku pada diri sendiri. Minum campuran kopi kacip fatimah dalam masa 3 hari, dari dapat hasil sebanyak 3 botol terus jadi 1 botol. Sangat jahat kafein ni. Air pearl kacip patimah tu pun mengandungi kafein walaupun bukan kopi.

2- stress
sebaik saja melangkah semula ke alam pekerjaan, banyak kerja terbengkalai yang perlu dilunaskan akibat pengambilan cuti bersalin selama 60 hari. Oleh itu, kadar stress adalah amat tinggi. Tatkala badan baru hendak sembuh selepas bersalin, stress bekerja akan memburukkan lagi keadaan. Susu badan akan mula berkurangan sekiranya stress ini tidak dapat dikawal. Si suami perlu mainkan peranan untuk mendengar luahan isteri dan berikan hormon oxytocin secukupnya agar kuantiti susu badan dapat ditingkatkan semula.


3- penyakit malas nak perah/pam
tak kira la anda beli breast pump yang seratus atau seribu, tapi kalau malas pam, maka kuranglah susu badan kerana susu dihasilkan atas dasar “demand & supply” (susu badan pun pandai ilmu ekonomi)









4- makanan bergas dan sejuk

kalau boleh ibu menyusu perlu pantang makanan bergas dan sejuk selama 6 bulan agar anak tidak kembung dan ibu takkan berasa “demotivated” untuk menyusukan. Makan lambat pun tak elok sebab angin dari badan ibu akan transfer ke anak.






5- makanan kurang berkhasiat:
kalau ibu kurang jaga pemakanan, kuantiti dan kualiti susu juga turut berkurangan. Apa motif beri anak susu badan kalau bukan kerana khasiat yang tinggi serta bekalan antibodi terbaik? Bagaimana nak dapatkan yang terbaik kalau raw material untuk penghasilan susu kurang kualiti?





6- minda negatif:
segala kata-kata negatif seperti “susu kurang, badan penat, tak larat nak menyusukan” dan sebagainya adalah musuh utama ibu yang menyusu. Penghasilan susu bermula dari niat dan pemikiran ibu. Jika ibu berfikiran positif, insya allah kualiti susu akan tinggi (Prof Muhaya) disertai dengan zikir “subhanallah dan astaghfirullah”, yakinlah kepada pemberi rezeki (ar-razak) agar susu badan mencukupi.

Thursday 20 August 2015

Siapa Yang Nak Baby Comel???

6 Amalan Petua Untuk Dapat Bayi Yang Comel Dari Dalam Kandungan. 


Untuk dapatkan anak yang comel dan berkulit cantik, si ibu haruslah mengamalkan beberapa petua ini sejak diri disahkan hamil hinggalah saat melahirkan. Namun, ingin saya tekankan bahawa perkongsian ini sekadar petua. Jangan pula ada sifat tidak puas hati sekiranya anak yang lahir tidak seperti yang dibayangkan. Apa-apa pun, kita berusaha dahulu ya.

1.Amalkan mengaji Surah Yusuf Dan Surah Maryam

Memang elok sebenarnya jika kita membaca al Quran setiap hari. Bukan semata-mata untuk lahirkan anak yang comel, tetapi juga untuk melembutkan hati anak yang dikandung.

Antara surah yang disarankan untuk ibu hamil baca ialah Surah Yusuf, Surah Maryam dan Surah Luqman. Lebih bagus jika dalam tempoh sembilan bulan hamil, anda dapat khatam Quran. Namun, jangan pula amalan membaca al Quran dihentikan selepas melahirkan. Teruskan sahaja amalan mengaji dan jadikan rutin sampai bila-bila.





2. Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat

Kata orang tua-tua, pemakanan sayuran hijau sangat membantu untuk anda lahirkan bayi yang berkulit cantik. Antara sayuran yang sesuai ialah bayam, dan brokoli. Sayuran jenis kekacang seperti buncis dan kacang panjang juga adalah digalakkan.

Buah-buahan seperti oren, anggur dan epal juga sangat digalakkan untuk diamalkan ketika hamil. Sayuran dan buah-buahan merupakan sumber vitamin C yang memang sangat mujarab untuk kecantikan kulit.














Kurma merupakan antara makanan pilihan untuk wanita yang sedang hamil. Selain boleh mencerdaskan minda, ia juga dikatakan boleh mencantikkan kulit bayi.


3. Minum air kelapa


tapi bukan kelapa yang campuran tau. Digalakkan ibu hamil meminum air kelapa yang asli, terutamanya kelapa pandan. Selain dikatakan kulit bayi menjadi cerah dan comel, ia juga dikatakan boleh melebatkan rambut dan membersihkan bayi dalam kandungan.
Lendir dan darah tidak mudah melekat pada bayi ketika saat dilahirkan.
Air kelapa sangat disarankan untuk diminum ketika kandungan memasuki tujuh bulan. Jangan pula minum ketika di awal kehamilan ya. Bahaya untuk kandungan anda.





4. Makan Telur Ayam Kampung


Telur merupakan antara sumber protein. Tetapi bukan semua jenis telur sumber protein terbaik tau. Sebagai contoh telur ayam yang telah dicucuk supaya membesar dengan cepat. Bila menggunakan kaedah ini, tentu sekali ada bahan kimia yang terlibat.
Oleh itu, amalkan mengambil telur ayam kampung sebagai ganti.






5. Tengok gambar bayi yang comel

Saya tidak pasti adakah petua ini berkesan atau tidak. Tetapi saya biasa juga dengar ibu hamil disarankan untuk tengok gambar bayi yang comel-comel setiap hari.
Orang lama-lama kata ibu hamil akan kenan gambar bayi yang setiap hari dilihatnya. Entah benar atau tidak, mungkin anda patut cuba dulu kan?











6. Minum air soya

Hal ini sangatlah banyak percanggahan berikutan dikatakan soya adalah tidak bagus untuk kesihatan dan juga kulit. Ya, saya sangat setuju dengan fakta ini. Namun bukan semua soya tidak bagus. Anda perlu bijak memilih soya untuk diambil ketika hamil.
Di pasaran terdapat dua jenis soya. Satu yang ditanam dan dihasilkan secara semulajadi tanpa bantuan baja dan bahan kimia. Sejenis lagi ialah soya yang dicucuk supaya buahnya cepat matang. Kebanyakan soya yang ada di pasaran adalah soya yang dicucuk dan dibaja dengan bahan kimia. Kerana itulah banyak sangat kesan buruk yang mungkin berlaku sekiranya kita meminum soya di pasaran setiap hari.

Contoh macam wanita yang telah melahirkan empat anak di bawah. Beliau juga meminum soya. Dan dengan kuasa dan kasih sayang Allah, anak ini berbeza dengan anak-anak beliau yang sebelumnya. Lebih putih, lebih gebu dan tulangnya lebih kuat.
Nak dengar secara live pengakuan beliau? Anda boleh tonton video di bawah sekarang. Di hujung sekali ada beliau ceritakan tentang anaknya yang berkulit cerah; berbeza dengan anak-anak yang lainnya.

Credit to: http://www.diarimama.com

Wah Sampel Haz-IQ Dah Sampai!!!











Tahniah Kepada yang dh dapat sample tu..Selamat Mencuba...Kepada Yang ingin mencuba Produk HAZ-IQ nk cuba sendiri ke? nk bagi anak cuba k? nak bagi jiran cuba k? semua blh la... ikt step ni..






HAZ-IQ DATANG MENEMUI ANDA LAGI!!!
HARI INI HARI BERTUAH ANDA…
KEPADA IBU-IBU MENGANDUNG / IBU MENYUSU / KANAK-KANAK / ORANG RAMAI
HARI INI KAMI INGIN BAGI HADIAH PERCUMA UNTUK ANDA!!
SAYA AKAN BAGI FREE GIVE SAMPLE PRODUK HAZ-IQ MUMZ & KIDZ UNTUK PENGGUNA YG BERTUAH…
HARINI KAMI BAGI ANDA RASA
DAPAT FREE SAMPLE!!!!
JUST LIKE FB KAMI DI
DAN ISIKAN BORANG SAMPLE PADA LINK INI UNTUK ANDA DAPATKAN SAMPLE
DAN PM FB SAYA RUSHAIMIE HAZIM
ATAU WHATAPP NO SAYA 011-11968950
SAPE CEPAT DIA DAPAT!!!
TAWARAN TERHAD!!!!
CEPAT SEBELUM TARIKH TUTUP…!!
Antara Kelebihan HAZ-IQ MUMZ???
- Memberi TENAGA sepanjang Waktu
- Perut Tidak Berasa LAPAR (KENYANG)
- Mencantikkan Kulit Bayi
- Menambah Selera Makan
- Melancarkan Peredaran darah
- Membantu Meningkatkan Penglihatan Mata
- Membantu melindungi Otak Bayi
- Mengawal Tekanan Darah Tinggi
- Mengatasi masalah Penghadaman
- Membantu mendapat Kuantiti Tidur yang baik
- YANG PALING PENTING DAPAT MENAMBAH SUSU BADAN ANDA PADA KADAR YANG LUAR BIASA..