Tuesday 25 August 2015

6 Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Menyusukan Anak



Assalamualaikum selamat petang semua...
Topik untuk Hari ini berkenaan dengan penyusuan..
So ibu-ibu yang menyusukan anak tu harap dapat hindarkan yea..

***Renung-Renungkan & Jangan Lupa Sebarkan***

6 Musuh utama ibu menyusu
1- kafein


Segala bentuk kafein samada kopi, teh atau minuman tenaga yang mengandungi bahan kafein akan menyebabkan penurunan penghasilan susu badan secara mendadak. Berlaku pada diri sendiri. Minum campuran kopi kacip fatimah dalam masa 3 hari, dari dapat hasil sebanyak 3 botol terus jadi 1 botol. Sangat jahat kafein ni. Air pearl kacip patimah tu pun mengandungi kafein walaupun bukan kopi.

2- stress
sebaik saja melangkah semula ke alam pekerjaan, banyak kerja terbengkalai yang perlu dilunaskan akibat pengambilan cuti bersalin selama 60 hari. Oleh itu, kadar stress adalah amat tinggi. Tatkala badan baru hendak sembuh selepas bersalin, stress bekerja akan memburukkan lagi keadaan. Susu badan akan mula berkurangan sekiranya stress ini tidak dapat dikawal. Si suami perlu mainkan peranan untuk mendengar luahan isteri dan berikan hormon oxytocin secukupnya agar kuantiti susu badan dapat ditingkatkan semula.


3- penyakit malas nak perah/pam
tak kira la anda beli breast pump yang seratus atau seribu, tapi kalau malas pam, maka kuranglah susu badan kerana susu dihasilkan atas dasar “demand & supply” (susu badan pun pandai ilmu ekonomi)









4- makanan bergas dan sejuk

kalau boleh ibu menyusu perlu pantang makanan bergas dan sejuk selama 6 bulan agar anak tidak kembung dan ibu takkan berasa “demotivated” untuk menyusukan. Makan lambat pun tak elok sebab angin dari badan ibu akan transfer ke anak.






5- makanan kurang berkhasiat:
kalau ibu kurang jaga pemakanan, kuantiti dan kualiti susu juga turut berkurangan. Apa motif beri anak susu badan kalau bukan kerana khasiat yang tinggi serta bekalan antibodi terbaik? Bagaimana nak dapatkan yang terbaik kalau raw material untuk penghasilan susu kurang kualiti?





6- minda negatif:
segala kata-kata negatif seperti “susu kurang, badan penat, tak larat nak menyusukan” dan sebagainya adalah musuh utama ibu yang menyusu. Penghasilan susu bermula dari niat dan pemikiran ibu. Jika ibu berfikiran positif, insya allah kualiti susu akan tinggi (Prof Muhaya) disertai dengan zikir “subhanallah dan astaghfirullah”, yakinlah kepada pemberi rezeki (ar-razak) agar susu badan mencukupi.

No comments:

Post a Comment