Wednesday 19 August 2015

Antara Susu IBu, Susu Kambing & Susu Lembu



Assalamualaikum
sekadar infomasi untuk semua
Kelebihan & Kekurangan Susu Antara Susu IBU,SUSU KAMBING & SUSU LEMBU

***Renung2 kan & Jangan Lupa Sebarkan

Awas, Susu Kambing Untuk Bayi


Saya dapati sejak akhir-akhir ini terdapat kempen yang menggalakan pemberian susu kambing kepada bayi. Sebagai seorang yang mempunyai latar belakang perubatan barat, saya berasa amat bertanggungjawab untuk memaklumkan fakta sebenar berkenaan kesan susu kambing ke atas bayi.

Susu ibu


Kandungan nutrien susu manusia

Allah telah menjadikan susu ibu itu adalah makanan paling lengkap bagi tumbesaran bayi. Susu ini mempunyai antibodi semulajadi daripada ibu yang bertindak melindungi bayi dari jangkitan penyakit dalam tempoh enam bulan pertama kehidupan sebelum sistem immunisasi bayi menjadi matang dan berupaya menghasilkan antibodi sendiri. Selain itu, susu ibu mempunyai kandungan kalori dan nutrien yang mencukupi (kecuali vitamin D dan fluoride) dan berupaya bertindak sebagai sumber makanan tunggal bagi bayi yang berumur kurang daripada enam bulan. Dari tempoh 4-6 bulan, para ibu sudah boleh mencuba memberikan sedikit makanan pejal (solids) kepada bayi dan pada umur 6 bulan ke atas bayi mestilah diberikan makanan pejal sebagai makanan tambahan. Hal ini kerana bayi membesar dengan cepat dalam tempoh 12 bulan pertama. Sebagai contoh berat bayi adalah 3kg semasa lahir dan menjadi 10kg dalam tempoh setahun!

Susu formula lembu



Kandungan nutrien susu lembu

Walaubagaimanapun terdapat juga para ibu yang gagal menghasilkan susu atau bermasalah untuk menyusukan anak. Justeru, Allah juga telah memberikan alternatif atau jalan keluar bagi ibu-ibu berkenaan dengan menciptakan susu lembu yang bertindak menggantikan susu ibu. Harus diingat, susu lembu ini tiada antibodi dan tiada satu pun susu formula di pasaran yang mempunyai kandungan setara dengan susu semula jadi ibu sehingga ke hari ini. Betapa hebatnya susu semulajadi ini sehinggakan tiada satu manusia pun berjaya menghasilkan susu yang sama sepertinya. Sesunnguhnya para ilmuwan juga masih mencari-cari proses sebenar pembentukkan susu di dalam tubuh ibu mengandung. Hebat bukan ciptaan Allah ini?

Susu formula kambing



Baiklah, sekarang saya mahu menerangkan mengapa pengambilan susu kambing sebagai nutrien tunggal bakal memberikan masalah kepada bayi anda terutamanya yang berusia kurang daripada 6 bulan?

Pertama, susu kambing mempunyai kandungan sodium atau garam yang tinggi. Penyingkiran garam dalam tubuh pula amat bergantung kepada kematangan ginjal untuk menyingkirkan garam ke dalam air kencing. Kematangan ini hanya dicapai apabila bayi mencecah umur 2 tahun. Kandungan garam tinggi yang berlebihan adalah merbahaya kepada otak dan sistem saraf bayi.
Berikut merupakan petikan daripada artikel kajian doktor di Amerika syarikat yang diambil daripada database untuk rujukan doktor di negara barat yang dikenali sebagai PubMed.
The immature kidneys in very young infants have difficulty handling the byproducts of foods with a high renal solute load.8 Sodium excretion capacity matures more slowly than glomerular filtration rate and does not attain full capacity until the second year of life.9Therefore, infants fed fresh goat's milk are at substantive risk for hypernatremia and azotemia, particularly in the face of dehydration (as in the case described here), which may in turn result in major central nervous system pathology, including diffuse encephalopathy, intraparenchymal hemorrhage, or thromboses10 as manifested in our patient Basnet S, Schneider M, Gazit A et. al. Fresh goat's milk for infants: myths and realities--a review. Pediatrics. 2010;125(4). Online.

Kedua, ialah susu kambing mempunyai kandungan folate yang rendah. Ini merupakan kembimbangan utama selepas yang dinyatakan di atas kepada para doktor. Hal ini kerana folate amat diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang sempurna. Kekurangan folate boleh menyebabkan sel darah merah tidak membahagi dengan sempurna dan menjadi besar. Saiz yang besar (megaloblast) ini tidak efektif untuk mengangkut oksigen keseluruh anggota badan dan lebih cenderung kepada pemusnahan oleh organ limpa (spleen). Lantas banyak sel darah merah yang dimusnahkan, dan bayi akan mengalami anemia (kurang sel darah merah) yang boleh membantutkan perkembangan fizikal dan otak berbanding kadar normal. Justeru, sekiranya bayi ini hanya mendapatkan susu kambing di awal kehidupan, mereka mestilah diberikan folate sebagai supplemen tambahan.

Ketiga, walaupun ramai yang mendakwa susu kambing kurang mendatangkan kesan allergik lantas boleh dijadikan alternatif kepada bayi yang allergik kepada susu lembu. Sungguhpun begitu, kajian mendapati, kebanyakan bayi yang allergik kepada susu lembu juga mengalami kesan yang sama terhadap susu kambing.
the main benefit claimed by proponents of fresh goat's milk for infants is that it is less allergenic than cow's milk and is a suitable substitute for infants who are allergic to the latter. However, evidence shows that most infants who are allergic to cow's milk are also allergic to goat's milk. Basnet S, Schneider M, Gazit A et. al. Fresh goat's milk for infants: myths and realities--a review. Pediatrics. 2010;125(4). Online.

Keempat, kambing lebih cenderung mendapat jangkitan brucellosis yang boleh dipindahkan kepada bayi melalui pengambilan susu kambing. Penyakit brucellosis ini boleh menyebabkan jangkitan dan kegagalan pelbagai orang dalaman termasuk hati, otakm mata dan sebagainya. Tanda awal ialah demam panas, peluh berlebihan dan lenguh seluruh badan (myalgia). Justeru, bayi mestilah tidak diberikan susu kambing yang tidak diproses atau dididihkan terlebih dahulu.

Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk menyokong penggunaan susu lembu mahupun memburukkan susu kambing. Tetapi umum mesti mengetahui fakta saintifik asas berkenaan susu-susu ini sebelum memberikannya kepada bayi.
Kesimpulannya,
Bolehkah bayi diberikan susu kambing?
Boleh, tetapi mestilah susu itu telah diproses dan diluluskan kementerian kesihatan. Selain itu bayi itu mestilah diberikan supplement folate dan zat besi (iron) untuk mengelakkan anemia (kurang darang merah) yang boleh membantutkan tumbesaran. Walaubagaimanapun jika berkemampuan, sebaiknya bayi hendaklah diberi susu ibu sehingga ia berusia 2 tahun.
Sekian, semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment