Thursday 30 July 2015

Sesi Perkenalan










Wealthynas Sdn. Bhd. merupakan syarikat Bumiputera yang ditubuhkan di Malaysia sejak 2009. Wealthynas Sdn. Bhd. fokus kepada menghasilkan produk makanan homemade dengan pelbagai jenis makanan bernutrien yang memenuhi keperluan pengguna. Setelah diperbadankan pada 12 November 2012, syarikat kami bermula sederhana dengan membuka pejabat utama di atas rumah kedai di Bandar Baru Bangi, Selangor. Dalam masa 2-3 tahun, kami berjaya menyiapkan kajian dan penghasilan produk dan sedia untuk dijual. Bagi memulakan tahun ini, kami melancarkan produk pada April 2015 di Shah Alam, Selangor dan Alor Setar, Kedah untuk memperkenalkan produk kami kepada orang awam.
Wealthynas Sdn. Bhd diurus oleh pengarah yang berkebolehan dan berpengalaman serta beberapa orang pekerja yang menguruskan perihal pengurusan dan jualan produk. Pejabat jualan kami sekarang beralamat di 506G, Diamond Complex, Bangi Business Park, Jalan Medan Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Pejabat tersebut terletak berdekatan dengan Bangi Utama Complex.

'HAZ-iQ' merupakan jenama susu penuh krim yang fokus kepada bayi, kanak-kanak yang membesar, ibu mengandung, dan ibu yang menyusukan anak. Susu rumusan kami ini mengandungi produk bernutrien tinggi -- diadun dengan ekstrak badam, kurma, kismis, madu dan beberapa lagi makanan super. Tambahan pula, orang lelaki dan golongan berumur boleh menikmati susu kami dan mendapat kebaikannya.


Visi

Menjadi produk terbaik Malaysia untuk tumbesaran kanak-kanak dengan nutrien tinggi dan piawai antarabangsa.

Misi

  • Menambahbaik produk dari semasa ke semasa.
  • Konsisten dalam kajian dan pembangunan produk.
  • Inovatif secara berkala dalam produk dan jualan.
  • Menekankan kepada tumbesaran kanak-kanak di Malaysia.

No comments:

Post a Comment